Membaca




Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac) 
(Menengah 2HML & 2ML & 3HML)

Petikan  :  Khamis, 7 Mac, Bantu golongan susah walau cacat


MAHU MENOLONG: Pengasas gerakan I Am Speciable, Encik Kashif Edwards (duduk di kerusi roda), mendermakan beberapa barangan - tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering - kepada Pusat Rainbow di Margaret Drive, kelmarin.
- Foto JOHARI RAHMAT

Bantu golongan susah walau cacat

BELIAU tidak boleh bergerak atau bertutur seperti belia normal seusianya, namun kecacatan tidak menghalang Encik Kashif Edwards membantu mereka yang memerlukan.
Berbekalkan keinginan kuat membantu mereka yang senasib dengannya - penghidap palsi serebral - Encik Kashif berjaya mengumpul sekitar $3,000 menerusi penjualan kemeja-T yang dihasilkan khas oleh gerakan I Am Speciable baru-baru ini.
Separuh daripada hasil penjualan kemeja-T itu merupakan gaji Encik Kashif, yang menghidap palsi serebral sejak lahir, manakala separuh lagi digunakan bagi membeli barang-barang keperluan bagi kanak-kanak istimewa di Pusat Rainbow.
Gerakan yang ditubuhkan beliau pada Mac tahun lalu itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit tersebut serta membantu golongan memerlukan.
Ini kali keempat gerakan itu memberikan sumbangan kepada persatuan bagi kanak-kanak yang mempunyai keperluan khas.
Sebelum ini ia memberi sumbangan kepada Persatuan Kanak-Kanak Spastik Singapura (SCAS).
Kelmarin, Encik Kashif, 25 tahun, dengan ditemani anggota keluarganya, menderma tiga kerusi roda, lapan kotak lampin, empat kotak tisu basah dan beberapa bungkusan makanan kering kepada Pusat Rainbow di Margaret Drive.
Beliau kelihatan ceria dan riang ketika menyampaikan sumbangannya kepada pengarah eksekutif bekas sekolahnya itu, Cik June Tham, yang berkata Encik Kashif merupakan bekas pelajar pertama sekolah itu mendermakan barang-barang kepada sekolah tersebut.
"Saya sangat berbangga dengan apa yang dilakukan Kashif. Beliau kini menjadi duta palsi serebral. Beliau tidak melihat ketidakupayaannya sebagai satu kecacatan, sebaliknya menggunakannya bagi meningkatkan kesedaran dan menjadi inspirasi kepada orang lain," kata Cik Tham, 62 tahun.
Ibu Encik Kashif, pelakon drama televisyen dan teater Hashimah Hamidon, berkata: "Sebelum beliau mula menjual kemeja-T, perbelanjaannya ditanggung saya dan suami saya. Tapi sejak Kashif bekerja, beliau membeli beberapa barang keperluannya, seperti kad prabayar dan permainan Playstation menggunakan duit sendiri."
Cik Hashimah mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia 15 tahun.
Palsi serebral disebabkan oleh kecederaan pada otak yang berlaku sebelum atau semasa kelahiran dan boleh muncul dalam pelbagai rupa. Ia menjejas pergerakan otot dan kemahiran motor.
Gerakan I Am Speciable ditubuhkan setelah Encik Kashif beberapa kali meluahkan hasrat bekerja agar dapat menyumbang kepada masyarakat.
Memandangkan beliau tidak boleh berdikari dan memerlukan bantuan orang lain, umpamanya untuk makan dan membuang air, abang saudaranya, Encik Sham Latiff, membantu memulakan akaun Facebook bagi gerakan itu.
Sejauh ini gerakan itu telah menjual 507 kemeja-T pada harga $20 sehelai.
Ia turut menerima sumbangan daripada rakan kongsi seperti Wing Yap Motor dan SIR Move Services, yang bekerjasama dengannya di beberapa acara.
Orang ramai yang ingin menyokong gerakan itu boleh memilih Like laman Facebook The "I Am Speciable" Movement diwww.facebook.com/iamspeciablemovement.


1.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
      Apakah objektif gerakan I AM Speciable? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
      Dalam petikan ini, usaha Kashif memberikan kesan dalam masyarakat.  Nyatakan    
      dua kesan itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk   
      menyokong jawapan kamu.  (4 markah)

3.   Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
      Dalam petikan ini, “Kashif tidak melihat ketidakupayaannya sebagai suatu kecacatan”.  
      Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini?  Jelaskan jawapan kamu dengan 
      mengutarakan bukti-bukti daripada teks.  (4 markah)


________________________________________________________
Cara memberi jawapan :

Santapan Minda – Kesihatan Jasmani & Rohani (11 Mac)
Soalan 1 :
Soalan 2 :
Soalan 3 :

_________________________________________________________


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Isnin, 25 Mac 20139 pagi.

Terima kasih.
Cg Azizah & Cg Arfah

_________________________________________________________

Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)  (Menengah 2HML & 2ML & 3ML)
Petikan  :  Sabtu, 2 Febuari, Sabah : Negeri di bawah bayu
Pautan  : Berita






1.     Bloom’s Taxanomy – Understanding :
Apakah maksud istilah ‘Sabah - negeri di bawah bayu’? (2 markah)

2.     Bloom’s Taxanomy – Applying :
Dalam petikan ini, pengalaman ke Sabah telah meninggalkan kesan pada penulis.  Nyatakan dua kesan itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu.  (4 markah)

3.     Bloom’s Taxanomy – Analyzing :
Dalam petikan ini, “Ternyata masa empat hari terlalu suntuk untuk menjelajah negeri Sabah”.  Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini?  Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks.  (4 markah)

___________________________________________________________________________
Cara memberi jawapan :

Santapan Minda – Kembara Sabah (25 Feb)
Soalan 1 :
Soalan 2 :
Soalan 3 :

___________________________________________________________________________


Tarikh tutup penghantaran sebelum hari Jumaat, 1 Mac 2013, 9 malam.

Terima kasih.
Cg Azizah & Cg Arfah
___________________________________________________________________________




Bahasa Kian Pupus Di Alam Siber

20 Jul 2010

EKSTRA!

TREND
Bahasa kian pupus di alam siber

Lebih ramai pelungsur Internet Melayu pilih tulis dalam Inggeris

Oleh
Nadzri Eunos

Pengguna Internet Melayu yang sering melayari alam siber sebelum ini selalu
menggunakan bahasa ibunda mereka dalam tulisan-tulisan blog dan saluran-saluran perhubungan melalui komputer (CMC) lain apabila membincangkan isu-isu tertentu
yang dekat di hati.

Isu bangsa, bahasa dan agama termasuk dalam kategori tersebut.

Malah, para penulis berkenaan tidak teragak-agak untuk meluahkan isi hati mereka
dengan menggunakan bahasa Melayu.

Namun, keadaan di alam siber kini sudah pun berubah.

Kini lebih ramai pelungsur Internet Melayu memilih untuk menulis dalam bahasa
Inggeris, walaupun mengenai isu-isu bangsa, bahasa dan agama.

Trend tersebut menggariskan satu masalah besar yang sedang dihadapi bahasa
Melayu iaitu menjadi salah sebuah bahasa dunia yang semakin pupus.

Demikian rumusan satu kajian yang dilakukan oleh pensyarah Institut Pendidikan
Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Encik Mohamed Pitchay Ghani, baru-baru ini.

Kajian yang merupakan sebahagian daripada kajian Encik Pitchay untuk ijazah Doktor Falsafahnya (PhD) itu bertujuan menilai kesegaran bahasa Melayu melalui CMC.

Beliau telah dijemput untuk menyampaikan hasil tinjauan itu di Persidangan Global bagi Disiplin Akademik di Universiti Harvard, Massachusetts, bulan lalu.

Ditemui baru-baru ini, Encik Pitchay menjelaskan kajian itu melibatkan pemerhatian
1,000 blog dan 1,000 akaun rangkaian sosial Facebook sepanjang tempoh tiga bulan
antara September dengan November 2009.

Secara keseluruhan, empat peratus komunikasi di dalam blog dan Facebook tersebut
dilakukan dalam bahasa Inggeris.

'Namun satu perkara yang menarik ialah terdapat peralihan dalam aspek-aspek yang
sebelum ini berakar dalam bahasa Melayu iaitu keluarga, bangsa, agama dan bahasa,'
jelas Encik
Pitchay.

Katanya, kajiannya menunjukkan 74 peratus perbincangan mengenai keetnikan dibuat
dalam bahasa Inggeris.

'Ia boleh dirumuskan bahawa bahasa Inggeris menggantikan bahasa Melayu secara
progresif sebagai bahasa perantaraan di Internet di kalangan orang Melayu,' kata beliau.

Kajian itu menunjukkan daripada 1,000 blog yang dikaji, 22 isu utama telah dikenal
pasti seperti pendidikan, tekanan dan bangsa.

Daripadanya penggunaan bahasa Melayu paling ketara ialah dalam perbincangan isu
bangsa (36 peratus); bahasa (30 peratus) dan agama (20 peratus).

Isu-isu yang lainnya rata-rata dibincangkan dalam bahasa Inggeris, lebih-lebih lagi
jika ia berkenaan pendidikan dan tekanan - hanya 6 peratus menggunakan bahasa
Melayu.

Namun, Encik Pitchay merumuskan dari satu sudut, perkembangan yang dikesan itu
bersifat positif kerana ia menunjukkan bahawa masyarakat Melayu setempat telah
berjaya disepadukan dengan masyarakat majmuk negara menerusi penggunaan bahasa
Inggeris.

Menggunakan darjah kecergasan bahasa yang dipelopori Pertubuhan Pendidikan,
Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) untuk membandingkan hasil
dapatan kajiannya, Encik Pitchay berkata bahasa Melayu mencapai darjah dua atau tiga
iaitu digunakan hanya dalam beberapa wadah CMC.

Menurut Encik Pitchay, kajiannya mengenai kesegaran bahasa Melayu di Singapura
telah menyajikan sebuah paradigma baru mengenai kesucian bahasa di kalangan
masyarakat Melayu.

'Kesan jangka panjang trend ini akan dirasakan bukan sahaja daripada aspek
sosio-budaya masyarakat kita, tetapi juga oleh 'industri Melayu' yang bergantung
kepada masyarakat Melayu bagi penakatannya,' ujar Encik Pitchay.


***************************************

PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI INTERNET

Dalam 1,000 blog yang dikaji:

Bahasa Melayu - 15%

Bahasa Inggeris - 85%

Isu yang ditulis dalam bahasa Melayu:
  • Pendidikan - 6%
  • Sekolah - 10%
  • Hubungan - 13%
  • Perasaan - 15%
  • Agama - 21%
  • Bahasa - 30%
  • Bangsa - 36%



Dalam 1,000 akaun Facebook yang dikaji:

Bahasa Melayu - 32%

Bahasa Inggeris - 68%

Sumber: Mohamed Pitchay Gani

5 ulasan:

  1. Soalan 1 : Istilah 'Sabah - negeri di bawah bayu' bermaksud bahawa Sabah terletak di sebelah selatan laluan puting beliung.
    Soalan 2 : Penulis itu terharu dengan keindahan alam yang terdapat di Pulau Gaya kerana ia bukan mudah untuk mencari keindahan alam yang seperti di Pulau Gaya. Penulis juga telah mempelajari beberapa perkara selepas pulang dari Sabah kerana beliau telah mempelajari banyak perkara baru seperti tentang kaum etnik yang terdapat di situ dan juga maklumat tentang kima gergasi.
    Soalan 3 : Penulis bermaksud bahawa ia akan mengambil lebih daripada empat hari untuk menjelajah negeri Sabah kerana mungkin di situ terdapat pelbagai jenis keindahan dan tarikan pelancong dan ia akan mengambil masa untuk mengunjungi semua tempat-tempat berikut.

    BalasPadam
  2. Soalan 1 : Ini bermaksud bahawa Sabah terletak di laluan puting beliung.

    Soalan 2 : Penulis dapat menghargai keindahan sabah apabila tiba di Pulau Gaya kerana ia bukan mudah untuk mencari keindahan alam deperti yang terdapat di Pulau Gaya
    Penulis telah mempelajari tentang budaya yang terdapat di sabah seperti tentangkaum etnik yang terdapat di Sabah.

    Soalan 3 : Penulis bermaksud bahawa ia akan mengambil lebih daripada empat hari untuk menjelajah negeri Sabah kerana Sabah mempunyai banyak tarikan untuk pelancong belajar dan menikmati. Empat hari kepada pnulis terlalu suntuk kerana dia berasa ada masih banyak barang yang boleh dilakukan di sabah.

    BalasPadam
  3. Soalan 1:Istilah 'Sabah - negeri di bawah bayu' bermaksud tempat Sabah yang terletak di bawah laluan puting beliung.

    Soalan 2: Penulis itu akan menghargai keindahan alam di Pulau Gaya kerana ia tidak mudah untuk mendapat keindahan alam seperti apa yang ada di Pulau Gaya. Penulis juga telah mempelajari banyak tentang Sabahkerana dia telah mepelajari tentang kaum etnik yang terdapat di situ dan juga tentang kima gergasi yang hampir terhapus.

    Soalan 3: Penulis bermaksud bahawa ia akan mengambil lebih daripada empat hari untuk mendapat tahu keseluruhan negeri Sabaj kerana terdapat terlalu banyak jenis keindahan di Sabah.

    BalasPadam
  4. Apakah maksud istilah ‘Sabah - negeri di bawah bayu’? (2 markah)

    Ia bermaksud Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di tempat yang berangin dan tropika.

    Dalam petikan ini, pengalaman ke Sabah telah meninggalkan kesan pada penulis. Nyatakan dua kesan itu dan berikan bukti terhadap penggunaannya daripada petikan untuk menyokong jawapan kamu. (4 markah)

    Satu kesan adalah penulis itu terasa kagum terhadap keindahan Sabah sebab ia sukar untuk mencari tempat macam Sabah dalam dunia ini. Satu lagi kesan adalah penulis dapat tambahkan ilmu tentang budaya orang di Sabah seperti kaum etnik yang terdapat di Sabah.

    Dalam petikan ini, “Ternyata masa empat hari terlalu suntuk untuk menjelajah negeri Sabah”. Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan ini? Jelaskan jawapan kamu dengan mengutarakan bukti-bukti daripada teks. (4 markah)

    Pernyataan itu bermaksud bahawa Sabah adalah negara yang terdapat banyak keindahan dan kecantikan untuk lakukan dan melihat. Ia terlalu banyak sampai empat hari tidak cukup untuk habiskan semua yang ingin dilaku oleh penulis. Buktinya daripada teks adalah "Terlalu banyak yang ada di sana untuk dilihat dan dicuba."

    BalasPadam
  5. 1) Istilah itu bermaksud bahawa Sabah berlokasi yang tidak terlalu terkenal walaupun ada banyak hal yang boleh dilakukan yang menarik dan berbeza


    2) Penulis telah melihat alam dibawah air yang jernih di Pulau Gaya dan mengagumi alam yang indah kerana kerana pencemaran alam, air yang jernih sukar untuk dicari. Dia juga puland dengan pengetahuan yang lebih tentang budaya etnik di Sabah kerana dia telah menyaksikan beberapa ritual mereka.


    3) Penulis bermaksud bahawa dia akan mencuba mengalami keseluruhan negeri Sabah, keindahanya dan budayanya dalam empat hari yang dia punyai di Sabah.

    BalasPadam